seismik

Lelaki Ini Terhibur Tengok, Rakan Sempat Betulkan Ejaan Menu Di Kedai Makan Masa Order

Dia nak suruh kedai tu betulkan balik nanti.

Cover image via @niffaisalaryan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita singgah ke mana-mana restoran, menu adalah perkara wajib dilihat sebelum memesan makanan betul tak?

Iyalah, dengan melihat menu makanan dapat memberikan kita pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki sempat membetulkan ejaan menu di sebuah kedai makan telah menghiburkan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Betulkan ejaan dalam menu kedai makan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah kedai makan bersama rakannya.

Namun, setibanya menu makanan, rakannya itu dengan spontan sempat membetulkan beberapa kesalahan ejaan yang terdapat dalam menu itu.

"Ni kelas BM ke kedai makan? Haha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi lucu mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 96.8K views, 12.4K likes dan 128 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Pekerja kedai pun terpaksalah masuk belajar sekali ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: