seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Terperanjat, Kawan Marah Sebab Tak Bagi Tumpangkan Rumah

Lah macam tu pula.

Cover image via @asrulala (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakan adalah individu yang paling dekat dengan kita selepas keluarga

Tentu ada juga perkara yang kita kongsikan dengan mereka, tambahan lagi jika dia adalah memang rakan baik kita. Banyak perkara suka dan duka dilalui bersama betul tak? Jasa mereka pasti tidak akan dapat kita lupakan.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang lelaki berkongsi rakannya yang memarahinya dek kerana tidak bagi menumpangkan rumah telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@asrulala

bercerita pasal seorang biawak.. risau tau risau

original sound - Asrul Lala

Kawan 'sentap' lepas bagi tahu sebab tak boleh tumpangkan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi perangai rakannya semasa mahu meminta bantuan darinya.

Di dalam mesej itu, si kawan memberitahu lelaki itu sama ada dia boleh menumpang rumahnya atau tidak sementara waktu untuk mencari kerja di Kuala Lumpur.

Namun, dia terpaksa menolaknya kerana dia sudah berkahwin dan takut isterinya akan tidak selesa nanti. Apa yang lebih mengejutkan adalah kawannya itu kemudian mula melenting apabila permintaannya ditolak.

Lelaki itu siap memberikan antara tempat murah yang boleh dia tinggal sementara waktu. Tetapi, kawannya itu turut memarahinya dan mengatakan lelaki itu sudah lupa kawan setelah berkahwin.

"Bahaya orang macam ni. Member dah anak bini dia boleh kata mcm tu. Elok abai ja la" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 489.4K views, 49K likes dan 1980 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hmm, mestilah dia fikir keselesaan anak bini dulu kan. Dah tanggungjawab dia :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: