[VIDEO] Bengang Pelanggan 'Bid' Harga Baju Murah, Seller Mengamuk Koyak Baju Tak Nak Jual
Hati kena kental bang.
Memulakan perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah
Hal ini kerana anda perlu bersedia untuk menghadap keuntungan dan kerugian. Tetapi, itu semua merupakan adat berniaga, ada kalanya kita berada di atas ada kalanya juga kita diuji dengan pelbagai cabaran.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang penjual mengamuk ketika sedang live di TikToknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mengamuk harga yang dibida jauh dari target
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penjual bundle sedang melakukan live di laman TikToknya.
Difahamkan, dia membuka bidaan untuk menjual salah sebuah baju. Namun kemudian, beberapa orang mula membida dengan harga yang murah.
Situasi itu membuatkan peniaga tersebut bengang dan mula meluahkan rasa marahnya kerana harga yang dibida jauh lebih murah.
Malah, dia juga mengoyakkan salah satu baju tersebut dan memberitahu untuk tidak mahu menjual baju bundle lagi.
"Kalau kau target baju RM100. Letak la starting RM70. Ni buka tapak 0 memang buyer main up sikit" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 561.8K views, 4,436 retweets dan 6,163 likes.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!