seismik

Teringin Nak Rasa Jiran India Masak Kari, Komen Netizen Pula Baik Hati Offer Untuk Masakan

Baiknya semua.

Cover image via @olala_shafizola (TikTok) & Veena Azmanov

Seperti kita semua tahu, kari merupakan antara masakan popular bagi India

Dengan baunya dan rempah ratusnya yang pekat, memang confirm akan buatkan kita terliur melihatnya.

Walaupun orang Melayu juga gemar memakan kari, tetapi tidak dinafikan masakan oleh orang India lebih sedap.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang wanita meluahkan keinginannya untuk merasa masakan kari jiran telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selalu bau sedap, tapi malu nak minta

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi perasaannya selepas terbau jiran Indiannya memasak kari.

Difahamkan, wanita itu sudah lama teringin untuk merasa tetapi malu untuk meminta kepada jirannya itu.

Selepas tularnya video tersebut, ramai pula netizen yang offer untuk memasak dan memberinya rasa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas

"Ala kesianya, mai saya masakan Kari ayam untuk U. Mai rumah I" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi rasa yang sama dan pengalaman mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 654.3K views, 47.4K likes dan 1,859 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang betul, rasa kari dia tu memang menusuk kalbu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: