seismik

Lelaki Ini Kecewa, Alasan Bakal Mak Mentua Tak Restu Hubungan Sebab Bukan Kerja Kerajaan

Bertabah bro!

Cover image via @malikul_ammar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjalinkan hubungan cinta adalah lebih baik jika mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak

Iyalah, restu daripada keluarga amatlah penting untuk menjalinkan sesebuah perkahwinan. Jika dua-dua belah pihak setuju, eloklah dilangsungkan dengan segera.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video apabila seorang lelaki meluahkan rasa kecewa kerana tidak direstui oleh ibu kekasihnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@malikul_ammar tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com Rumah Singgah - Fabio Asher

Tamatkan hubungan sebab dah jumpa calon lain

Menerusi video tersebut, seorang lelaki memegang jambangan bunga untuk diberikan kepada kekasihnya. 

Difahamkan, dia mahu membuat kejutan untuk kekasihnya yang baru pulang dari Mesir. Namun, kekasihnya itu terlebih dulu membuat kejutan dengan memberitahu mahu menamatkan hubungan mereka.

Ia atas alasan si ibu mahukan seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan dan bergaji besar. Lelaki itu meluahkan rasa sedih dan tidak menyangka kerana majlis pertunangan mereka hanya tinggal seminggu saja lagi.

"Dia tak tahu ke kerani kerajaan gaji berape?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 57.2K likes dan 3,555 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kesian dia, tak apa move on je mesti ada yang lebih baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: