seismik

"Gaji RM1.5K" - Netizen Ini Minta Tips Nak Ikat Perut Lepas Beli Alza Baru Bulanan RM900

Ukur baju di badan sendiri.

Cover image via The Enteprenuer House & Paultan

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda terdesak mahu memiliki sesuatu kerana orang disekeliling anda mempunyai barangan tersebut?

Pasti ramai yang pernah lalui situasi itu bukan? Tambahan lagi dengan 'trend' sekarang yang membuatkan ramai orang merasa semua benda perlu dimiliki.

Namun, harus diingatkan kita perlu ukur baju di badan sendiri. Lihat adakah ia berbaloi atau akan menyeksa diri kita.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook memaparkan seorang netizen meminta tips bagaimana mahu mengikat perut selepas membeli Alza baru telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Facebook

Minta tips berjimat lepas beli Alza baru

Menerusi posting tersebut, kelihatan akaun Facebook itu memaparkan seorang netizen telah meminta tips kepada pengguna yang lain tentang bagaimana mahu berjimat selepas dia membeli sebuah kereta.

Difahamkan, netizen itu membeli kereta Perodua Alza keluaran terbaru yang menyebabkan dia perlu membayar bulanan RM900.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia juga berkongsi gajinya itu hanyalah RM1,500 saja dan perlu lebih berjimat selepas membeli kereta itu.

Image via Rodahonda

"Cari nahas makan diri sendiri. Ini namanya biar papa asalkan bergaya" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi dan mengecamnya kerana sanggup menyusahkan diri sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4.7K likes, 2.3K comments dan 685 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Facebook:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Sanggup nak mewah tapi akhirnya makan diri sendiri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik