seismik

Wanita Ini Terkejut Dengan Bilik Sewa Di KL RM300 Yang Hanya Muat Satu Tilam Single

Sempitnya ruangan dia.

Cover image via @flwrsxB (Twitter) & News 7 Wonders

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mahu mencari pekerjaan dan peluang yang banyak

Disebabkan itu, ramai yang perlu mencari rumah sewa atau bilik sewa untuk tinggal di ibu kota itu supaya senang untuk pergi ke kerja.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menyewa rumah atau bilik bukanlah murah, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter memaparkan seorang gadis terkejut dengan ruangan bilik sewa ini telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Kongsi gambar ruangan dalam bilik tidur

Menerusi posting tersebut, kelihatan wanita itu memuat naik satu gambar menunjukkan ruangan di dalam sebuah bilik.

Dengan kapsyen "Selamat pagi kecuali owner rumah dekat KL yang sewa bilik macam ni".

Difahamkan, lokasi itu adalah di kawasan Maluri yang kononnya sangat dekat dengan stesen LRT, Pavilion dan KLCC.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Travel Maker

"Tiba rasa bersyukur dapat bilik sewa murah luas selesa bersih kemas dan selamat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terkejut mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 15.9K retweets, 4,275 quotes tweets dan 28.2K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Ni nak berpusing dalam bilik pun cukup-cukup badan je :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: