Ramai Jadikan Sound Background Di TikTok, Ini Maksud Sebenar Lagu 'Sikok Bagi Duo'
Oh macam tu rupa-rupanya.
Baru-baru ini, lagu' Sikok Bagi Duo' sering menjadi lagu pilihan untuk kandungan awam menggunakan TikTok
Perkara itu disebabkan kandungan lagu berkenaan mempunyai remix dengan rentak yang menarik perhatian.
Namun, penyanyi sebenar untuk lagu itu adalah seorang wanita bernama Meli Dedi yang berasal dari Lubuklinggau, Indonesia.
Lihat video itu di bawah:
Terima jemputan masa majlis perkahwinan untuk menyanyi
Video itu dibuat bermula dengan seorang sedang berjalan kemudian barangnya jatuh. Kemudian, barang tersebut diambil dan dipulangkan oleh orang yang memegang kamera.
Tidak lama selepas itu, mereka kemudian menari bersama-sama dengan iringan lagu Sikok Bagi Duo. Difahamkan, Sikok Bagi Duo juga merupakan lagu yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan.
Menurut sumber, ketika itu Meli Dedi sedang mengacarakan majlis perkahwinan, sebelum dia dan rakan-rakannya dijemput untuk menari sambil menyanyikan lagu Sikok Bagi Duo.
Siapa sangka, rupa-rupanya lagu dengan iringan DJ itu mempunyai maksud yang baik. Lagu ini membincangkan kerjasama dan sokongan untuk seseorang atau kumpulan.
Lirik lagu pertama berbunyi, "sikok untuk duo, jangan naik jugo weto tekan samo-samo. Sikok buat duo, jangan naik telan galo-galo. Sikok untuk duo, jangan naik, jom tekan samo-samo."
Jika diterjemahkan, lirik lagu itu bermakna, jika satu untuk dua tidak boleh, bolehlah kita usahakan bersama.
Lihat video muzik penuh di bawah ini:
"Sedap lah weh suara dia suka betul aku dengar" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan padangan mereka tentang lagu itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 7.3M views, 300.2K likes dan 5,883 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!