seismik

"Parents Bukan Hamba" - Posting Wanita Terkilan Sebab Ibu Tak Nak Jaga Anak Raih Perhatian

Kesianlah dekat mereka.

Cover image via @PikaSakri (Twitter) & Sekata Rakyat

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ibu bapa, mempunyai cucu tentu seronok sekali kerana dapat main dan meluangkan masa lapang bersama mereka

Tambahan lagi jika ia adalah cucu pertama, pasti gembira. Namun, sebenarnya menjaga anak yang masih kecil ini sangatlah penat dan memerlukan tenaga yang banyak.

Ada sesetengah ibu bapa yang tidak larat hendak menjaganya. Ada juga dengan rela hati mahu menjaga. Semuanya terpulang kepada masing-masing.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter memaparkan seorang wanita meluahkan rasa terkilan disebabkan ibu mentuanya tidak mahu menjaga anaknya telah meraih perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Luah rasa kecewa sebab ibu mentua reply macam tak suka

Menerusi posting tersebut, kelihatan paparan perbualan di antara seorang menantu dan ibu mentuanya.

Dia memberitahu ibu mentuanya itu yang dia akan mendapat baby baru. Namun, reaksi si ibu menjawab pula seolah-olah seperti biasa dan memesan agar dia mencari pengasuh siap-siap kerana penat menjaga anak mereka.

Walaupun perbualan itu tidak mendapat kesahihan, tetapi ia menerima reaksi ramai dan ada juga yang menganggap ia adalah 'rekaan' semata-mata demi menjual insurans.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Your parents aren’t supposed to be your babysitters. Pandai buat anak pandai la figure out the care" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam wanita itu dan memberikan pelbagai pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 2,581 retweets, 1,333 quotes tweets dan 3,309 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau yang muda pun penat jaga baby apatah lagi orang tua :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: