seismik

"Nasi Lemak 10" - Peniaga Ini Terhibur, Customer Steady Pesan Dari Dalam Kereta Masa Live

Dia pun tak percaya.

Cover image via @khaidir.hassan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nasi lemak merupakan antara sarapan pagi popular buat rakyat Malaysia

Kalau tiada nasi lemak di pagi hari, kadang rasa macam tak lengkap. Banyak kita boleh lihat sekarang peniaga yang menjual nasi lemak ini, tambahan lagi waktu pagi.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang peniaga terkejut apabila ada seorang pelanggannya sempat memesan nasi lemak ketika dia sedang buat live telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

First time dapat customer masuk live pesan nasi lemak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang peniaga sedang membuat live di TikToknya pada awal pagi.

Namun, kemudian dia terbaca komen seorang pelanggannya yang meminta agar membungkuskan 10 nasi lemak buatnya. Lelaki berkenaan selepas itu bertanyakan adakah dia yang berada dalam kereta yang baru sampai itu dan wanita itu menjawab iya.

Situasi itu membuatkan peniaga tersebut tergelak kerana baru pertama kali mendapat pesanan sebegitu.

"Okay lepas ni semua peniaga dah boleh buat live dah tiap kali bukak kedai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi peniaga tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 151.7K likes dan 831 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Steady je akak tu order, abang tu pun sampai terhibur :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: