seismik

[VIDEO] Wanita Geli Lihat Mamak Ini Uli Tepung, Tapi Komen Netizen Pula Curi Perhatian

Kena lengan pula.

Cover image via @eyfabrahim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya kita boleh lihat, ramai yang suka datang kedai mamak kerana mahu lepak bersama rakan dan sebagainya

Malah, ada juga yang datang hanya kerana mahu makan ringan saja. Suasana di kedai mamak lebih berbeza berbanding di kedai biasa. Terutamanya pada musim perlawanan bola sepak, memang penuh kedai.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita merakam aksi salah seorang pekerja sedang uli tepung telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@eyfabrahim Pergh dia uli tepung roti canai gitu je weh. Sebab tu tak suka lepak mamak!!!! kebersihan zero weh! #fyp original sound - eyfabrahim

Geli tengok tepung habis kena lengan pekerja

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah kedai mamak bersama dengan rakannya.

Dia kemudian terlihat seorang pekerja yang sedang uli tepung di bahagian luar. Apa yang lebih mengejutkannya adalah apabila dia melihat cara pekerja itu uli tepung sehingga terkena ke bahagian lengannya. Situasi itu membuatkan dia merasa geli melihat keadaan itu.

Lihat video sambungan di bawah:

@eyfabrahim Replying to @Hazeqmohd_ original sound - eyfabrahim

"Belum ada sejarah uli roti canai pakai mesin basuh kak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi reaksi dan pandangan mereka terhadap wanita tersebut dan menyifatkan ia adalah perkara biasa.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 604.9K views, 16.6K likes dan 2,226 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mungkin akak tu tak pernah nampak orang uli macam tu?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: