seismik

Individu Ini Dakwa Beli Sate Di Gerai Klang Rupa-Rupanya Tak Pernah Wujud Timbul Misteri

Seram pula dengar cerita dia.

Cover image via @nazrul.said (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita perlu percaya di dalam dunia ini bukan sahaja ada manusia

Tetapi, ada juga mahkluk lain termasuklah yang ghaib. Banyak cerita kita boleh dengar orang berkongsi kisah seram mereka di media sosial.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang individu berkongsi pengalaman seramnya yang terkena gangguan misteri telah mendapat perhatian ramai.

Terkejut tahu kedai tak pernah wujud

Menerusi video tersebut, individu itu berkongsi voice note seorang mangsa yang memberitahu dia telah menemui sebuah gerai sate yang terletak di Pulau Indah, Klang. Ketika itu dia baru saja pulang daripada bekerja bersama rakannya.

Menurutnya, harga sate yang dijual hanya 50 sen secucuk boleh dikatakan murah pada zaman sekarang. Mangsa juga sempat berborak dengan 'peniaga' berkenaan, dia memberitahu anaknya juga dulu bekerja tempat yang sama namun meninggal dunia 10 tahun lepas akibat kemalangan.

Peniaga berkenaan juga memberitahunya gerai tersebut telah dibuka selama 20 ke 30 tahun. Malah, dia sempat berpesan pada mereka agar berhati-hati melalui kawasan ini kerana ia agak 'keras'.

Oleh kerana gerai itu murah dan sedap, mangsa ingin datang semula selepas seminggu, tetapi gerai itu dilihat tutup.

Mangsa memberitahu rakannya yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan mengenai gerai tersebut. Alangkah terkejut rakan mangsa selepas mendengar cerita itu dan memberitahunya sebenarnya gerai itu tidak wujud, malah dipenuhi dengan semak samun saja.

Dapat dilihat juga di akhir video sekumpulan lelaki bermotosikal datang untuk melihat 'gerai' yang dimaksudkan dan mendapati ia hanyalah tempat usang terbiar dan gelap.

"Aku duduk Pulau Indah Klang woi, tak pernah tahu pun" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut seram mendengar cerita tersebut dan memberi reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 62.5K likes dan 1,875 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@nazrul.said Rakaman 'voicenote' sebenar mangsa singgah warung tidak wujud yang menjual satay 50 sen #fyp #viral #kisahseram #kisahseramtiktok #seram #hantu #kedaiberhantu #satay #50sen #pulauindah #nazrulsaid Horror Backsound 2 - N.I.A

Siapa agaknya yang dia jumpa tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: