seismik

"Saya Pun Tak Tahu Masak" - Perbualan Geng Gadis Dengan 'Hantu' Ini Buat Ramai Terhibur

Sporting pula ya 'hantu' tu.

Cover image via @qurratuain.y (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berjalan bersama rakan-rakan sememangnya menghiburkan

Tambahan lagi, kalau semuanya yang jenis kelakar. Memang tak kering gusi dibuatnya. Ada saja perkara yang menghiburkan.

Termasuklah aktiviti yang dilakukan bersama. Kadangkala ada yang kita jangka ia akan berlaku. Seperti video di TikTok ini apabila sekumpulan gadis yang menaiki luge di Singapura telah mencuit hati ramai.

Sempat berborak dengan pengunjung

Di dalam video tersebut, sekumpulan gadis semasa itu sedang menaiki luge sambil ditemani seorang 'hantu' yang duduk di tepi. 

Difahamkan, ia bersempena dengan perayaan halloween, jadi setiap luge akan mempunyai satu 'hantu' yang menemani.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah mereka sempat berborak dengan 'hantu' tersebut sehingga hantu itu memberitahu dirinya juga tidak tahu memasak. Perkara itu membuatkan mereka semua tergelak.

"Susah kan cari duit. Nak bagi orang seram tapi jadi kelakar hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi lucu mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 167.8K likes dan 1,987 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Hantu pun pandai buat lawak ya sekarang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: