seismik

"Bagilah Elok-Elok" - Ramai Geram Lihat Cara Pelanggan Beri Duit Kepada Peniaga Ini

Bagi dekat tangan kan lebih elok.

Cover image via X

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap peniaga sudah tentu banyak melihat ragam dan kerenah pelanggan

Bukan senang nak jadi peniaga ini kerana perlu banyak bersabar dan melayan pelanggan mereka. Tambahan lagi kalau dapat pelanggan yang 'cerewet' mesti pening kepala dibuatnya.

Namun, lain pula yang terjadi apabila video memaparkan sikap seorang pelanggan kepada seorang peniaga makanan telah mendapat perhatian.

Seperti 'campak' duit atas tempat makanan

Menerusi video tersebut, seorang pengguna di laman X berkongsi situasi semasa seorang peniaga perempuan dan pelanggannya.

Dapat dilihat, dia sedang merakam dirinya sambil melayan pelanggan. Apa yang lebih mencuri perhatian adalah sebaik saja pelanggan itu mahu membayar, dia seolah-olah mencampakkan duit di depan peniaga berkenaan.

Walaupun peniaga itu telah menghulurkan tangan, namun pelanggan tersebut terus meletakkannya di atas tempat makanan terbabit.

Image via X

"Bagi la duit kat tangan, ni main baling saja" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan respon mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 483.1K views, 711 repost dan 1,634 likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video itu di bawah:

Kesian pula tengok muka peniaga tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: