seismik

Cuak Kemaluan Tiga Hari 'Terpacak' Tak Turun-Turun, Lelaki Ini Terpaksa Ke Hospital

Risau ya dengar.

Cover image via Express UK & Doktor Sehat (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia mengalami ereksi selama tiga hari

Difahamkan, lelaki berusia 46 tahun itu telah menelan beberapa biji pil perangsang sekali gus. Hal itu menyebabkan dia mengalami ereksi berterusan.

Selepas beberapa hari tiada sebarang tindak balas, dia terus ke hospital dan mendapatkan rawatan dengan segera.

'Terpacak' selama tiga hari sebab makan pil sampai overdose

Menerusi sumber, kemaluannya itu gagal untuk menurun selepas tiga hari membuatkan dia terpaksa ke hospital.

Dia dimasukkan ke pusat penjagaan segera di João Pessoa, timur laut Brazil, dengan 'sakit yang teruk' di kawasan kemaluannya.

Pihak hospital berkenaan memberitahu mereka terpaksa membuat tusukan di pangkal zakarnya untuk pengaliran organnya.

Image via Express UK

Pakar Urologi, André Brasileiro memberitahu, “seperti mana-mana ubat, ia perlu digunakan di bawah bimbingan perubatan.

"Terdapat tabiat buruk dalam populasi ubat-ubatan sendiri, dan keadaan seperti ini adalah akibat daripada itu."

Brasileiro menjelaskan bagaimana dos berlebihan lelaki itu telah menyebabkan dia mengalami priapisme aliran rendah, yang berlaku apabila darah kekal ketika ereksi.

Kesan sampingan biasa ubat tersebut termasuk sakit kepala, loya, senak, hidung tersumbat, dan rasa pening.

Bahaya makan pil perangsang berlebihan ni. Hati-hati semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: