seismik

"Buat Ibu Bapa Yang Ada Anak Lelaki Lembut, Sedarlah Lembut Bukan Dosa"

Perwatakan semulajadi seseorang memang sukar untuk diubah.

Cover image via Provided to SAYS Seismik & @papayen91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza

Malah, Allah SWT juga sudah menulis jalan kehidupan kita. Jadi, kita tidak boleh membezakan-bezakan jalan hidup kita.

Begitu juga perwatakan semulajadi seseorang yang memang sukar untuk diubah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki berkongsi kisahnya yang sering diejek kerana berperwatakan lembut telah mendapat perhatian.

Papayen sewaktu zaman sekolahnya.

Image via Provided to SAYS Seismik

Tak kisah dengan mulut orang, hidup kini lebih berjaya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @papayen91, dia berkongsi kisah kehidupannya sewaktu memberi respon kepada komen negatif salah seorang pengguna TikTok.

Menurutnya, dia tidak pernah meminta untuk menjadi lelaki lembut apa lagi apabila didakwa netizen sengaja membuat-buat perwatakan itu.

Dia memberitahu sejak kecil lagi dia sudah mempunyai sifat lembut itu dalam dirinya. Perkara itu turut disedari oleh ibu bapanya namun tidak pernah memandangnya negatif.

Walaupun sering dikutuk dan diejek pada zaman persekolahan, dia tidak pernah berdendam malah dia kini membuktikan dirinya juga boleh berjaya seperti lelaki lain.

Sewaktu di sekolah, dia telah memenangi banyak pertandingan yang disertainya atas sebab bakat yang dimilikinya menjadi seorang lelaki lembut.


"Mulut kena jaga bila nak mengata anak orang lain, terutama mereka yang ada hasrat nak berkahwin dan ada anak. Imagine one day, bila ada anak sendiri dan anak tu jadi macam apa yang kau mengata anak orang lain dulu

"Dugaan manusia ni semua berbeza. Allah tak beri ujian yang sama pada semua hamba

"Bagi mereka yang diuji dan diduga, sentiasalah cari circle yang positif. Bantu diri untuk jadikan kelemahan sebagai satu kekuatan," tulisnya.

Dari kanan, Papayen bersama rakan-rakannya.

Image via Provided to SAYS Seismik

Dia sangat bersyukur kerana ibunya sering memberi sokongan moral kepadanya dan tidak terkesan dengan perkara tersebut

Dalam video berkenaan, Papayen berkongsi selalu bercerita apabila ibunya juga merasakan perkara yang sama selepas melihat anaknya itu.

Dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang, dia kini menganggap dirinya sudah berjaya walaupun sering menjadi bahan ejekan semasa kecil. Malah, dia bersyukur atas apa yang dia ada pada hari ini.

"Betul, jangan menyalahkan Tuhan bila bagi anak bersifat lembut" - Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif mereka dan ada memberikan pendapat sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 74K views, 2,177 likes dan 353 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video perkongsian itu di bawah:

@papayen91 Replying to @Es 1) Mulut kena jaga bila nak mengata anak orang lain, terutama mereka yang ada hasrat nak berkahwin dan ada anak. Imagine one day, bila ada anak sendiri dan anak tu jadi macam apa yang kau mengata anak orang lain dulu. 2) Dugaan manusia ni semua berbeza. Allah tak beri ujian yang sama pada semua hamba. 3) Bagi mereka yang diuji dan diduga, sentiasalah cari circle yang positif. Bantu diri untuk jadikan kelemahan sebagai satu kekuatan. #takafultv #dramatakaful #papayen #gengtiktokninja #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #MakingLifeMeletop #SebarkanBakFitnah original sound - PAPAYEN

Lelaki lembut pun boleh berjaya okay! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: