seismik

Murid Patah Tulang Belakang Lepas Rakan Main Tarik Kerusi Di Sekolah

Allahu kesiannya, moga cepat sembuh dik.

Cover image via @azera5276 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

“Malang tidak berbau.” Itulah ungkapan yang boleh kita samakan dengan kejadian seorang murid sekolah yang patah tulang belakang akibat gurauan rakan sekelas

Terbaru, seorang murid perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia mengalami patah tulang belakang di sebuah sekolah dek kerana gurauan rakannya.

Rakan main tarik kerusi sampai terjatuh ke belakang

Menerusi video yang dikongsikan, ibu kepada murid perempuan berkenaan berkongsi keadaan anaknya yang terlantar di hospital.

Semuanya bermula daripada gurauan seorang rakan yang menarik kerusi semasa anaknya mahu duduk. Ia menyebabkan dia terjatuh sehingga mencederakan tulang belakang.

Difahamkan, anak perempuannya itu menghidap penyakit saraf cerebral palsy. 

"Tolong jumpa family budak tu puan untuk pengajaran bersama" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka dan ada yang berkongsi situasi sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 33.4K likes dan 4,717 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@azera5276 Perkara yang ditakuti , kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi ketika di sekolah,now kena bedridden selagi tidak sembuh ..Allah ...semua pihak perlu diingatkan tentang bahayanya gurauan begituu...sekarang kami yang alami ujian ini...doakan kakak iqa cepat sembuh....AAMIN #fyp #shahalam #jatuhdisebabkankawantarikkerusi Sayang Sampai Mati - Repvblik

Ya Allah, bahaya bergurau sampai akibatkan kecederaan ni. Ibu bapa sila nasihatkan anak-anak supaya kejadian begini tidak berlaku lagi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: