seismik

Kepulangan Wanita India Ke Rumah Keluarganya Semula Selepas Bercerai Ini Disambut Meriah

Happy pula family dia.

Cover image via @hauterrfly (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkahwinan merupakan momen yang paling indah buat pasangan

Ia sebagai tanda anda dan pasangan sah menjadi suami isteri. Tambahan lagi, jika anda sudah lama bercinta dengan pasangan anda. Pasti saat ini amat dinanti-nantikan.

Namun, siapalah kita untuk menentukan takdir kerana setiap rumah tangga ada pasang surutnya. Dari situlah kita betul-betul mengenali siapa pasangan kita sebenar. Jika tiada jodoh bercerai juga akhirnya.

Begitulah yang berlaku dengan pasangan daripada India ini apabila seorang bapa menyambut kepulangan anak perempuannya yang baru saja bercerai disambut meriah.

Gembira anak tinggalkan perkahwinan toksik

Difahamkan, seorang bapa mengalu-alukan anak perempuannya pulang ke rumah kerana dia memilih untuk meninggalkan rumah mertuanya, yang melanggar stereotaip masyarakat di sana.

Untuk meraikan keputusan berani ini dan menunjukkan sokongan mereka, keluarga itu menganjurkan pesta baraat dengan menari di jalanan dan membakar mercun. 

Ia selepas anak perempuannya memilih untuk bercerai membuatkan si bapa sangat gembira kerana anak perempuannya itu akhirnya keluar daripada perkahwinan yang dianggap toksik.

"Now, that’s what you call a divorce party" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M likes dan 18.6K comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Instagram:

Lihat video itu di bawah:

Betul-betul macam pesta ni sambutan dia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: