seismik

Asyik Follow Dalam Mall, Wanita Terkejut Pak Cik Ini Kumpul Gambar Perempuan Mengandung

Seram weh!

Cover image via @shiraatajudin (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, memang banyak kes boleh berlaku di tempat awam

Tidak kira lelaki mahupun wanita, semua orang boleh menjadi mangsa keadaan sekarang ini.

Disebabkan itu, kita dinasihatkan untuk tidak berjalan seorang diri sebaiknya berteman. Hal ini untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun, jalan berteman pun masih boleh menjadi mangsa juga. Baru-baru ini, tular sebuah video selepas seorang wanita memaparkan kelakuan seorang lelaki yang secara senyap mengambil videonya telah mendapat perhatian ramai.

Kumpul semua gambar dan video wanita hamil

Menurut wanita berkenaan, pada awalnya dia tidak menyedari perkara itu. Namun, selepas beberapa kali dia mula menyedari seorang pak cik mengikutinya ke mana saja dia pergi.

Difahamkan, wanita itu sedang berjalan di dalam sebuah pusat beli-belah bersama suaminya. Tetapi, pak cik berkenaan tetap berada di sekelilingnya. Dengan rasa tidak sedap hati dia terus memberitahu perkara itu kepada suaminya.

Suami wanita berkenaan terus ke arah pak cik tersebut sebelum meminta untuk memeriksa telefon bimbitnya. Alangkah terkejutnya dia selepas mendapat tahu pak cik berkenaan rupa-rupanya mengambil videonya.

Bukan itu saja, ramai lagi mangsa wanita yang dirakamnya dan kesemuanya adalah wanita yang sedang hamil.

"Tolong hati-hati semua kaum ibu, saya yang pakai jubah pun boleh terkena. Padahal kita memang dengan suami, rasa tak selamat sangat. Still trauma and takut, semalam pun menggigil dan menangis semalam dekat sana juga kami dah buat laporan polis," tulisnya.

"Pak cik tu nak buat apa lah dengan gambar tu takutnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan memberikan reaksi mereka mengenainya. Ramai yang mengingatkan agar lebih berhati-hati kerana macam-macam boleh berlaku.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 721.4K views, 19.4K likes dan 1,439 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Ya Allah, takutnya dengan orang macam ni. Sampai ke wanita mengandung pun jadi mangsa :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: