"Kesian Dekat Bini" - Lelaki Kantoi Masuk Tandas Wanita Pakai Tudung, Siap Rakam Lagi
Memalukan betul.
Tular baru-baru ini apabila seorang lelaki ditangkap kerana memasuki tandas wanita
Lelaki berkenaan ditangkap selepas dia 'kantoi' memasuki tandas wanita dengan memakai tudung.
Apa yang membuatkan ramai orang marah adalah dia dipercayai memasuki tandas wanita dan disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh.
Di dalam video tersebut kelihatan suspek dipegang oleh seorang lelaki sambil kedengaran suara seorang wanita memarahinya dan meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit suspek.
Difahamkan, wanita berkenaan mahu memeriksa rakaman di dalam telefon bimbit suspek yang dipercayai merakam gambar wanita di dalam tandas berkenaan.
“Kaki berinai, mana tudung kau, pakai, siap bertudung berjanggut masuk tandas perempuan rakam gambar, kau nak jadi apa, kau dah kahwin ke belum?,” soal seorang lelaki.
"Kesian bini dia dapat laki macam ni malu wey" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geram dan mengutuk tindakan lelaki tersebut yang telah memasuki tandas wanita.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 840.6K views, 6,801 repost dan 4,823 likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!