seismik

Wanita Terkejut Tak Sampai Sehari Kerja Dah Kena Buang, Alasan Majikan Sebab Tak 'Perform'

Belum sampai satu hari pun.

Cover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, mencari pekerjaan sangat susah pada zaman sekarang

Tambahan lagi dengan lambakan pelajar lepasan universiti yang juga bersaing untuk mendapatkan kerja.

Jadi, bersyukurlah jika anda masih mempunyai kerja sekarang. Ada yang sudah menganggur begitu lama sebab tak dapat kerja. Namun, bukan semua pekerjaan kita boleh dapat dan betul kata orang zaman sekarang kerja tidak boleh terlalu memilih.

Terkejut terus diberhentikan sebab tak capai expectation

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi kisah sedihnya apabila dia diberhentikan kerja serta-merta.

Difahamkan, itu adalah hari pertamanya bekerja di sebuah kedai emas berkenaan sebagai marketing executive.

Namun, tidak sampai satu hari bekerja, majikannya memberitahu bahawa mereka terpaksa membuangnya kerana tidak mencapai kehendak mereka.

Image via TikTok

"Kedai emas ni buka jawatan kosong, saya apply. Mereka call for interview, saya datang. Mereka call saya diterima kerja dengan salary yang dipersetujui, maka hari ni hari pertama saya kerja.

“By right, they was so good greeting me. At the first place I thought this was a very good working place, and bear in mind, saya datang kerja sini untuk bantu tingkatkan sales mereka since I was appointed as Marketing Exec. of course la kita plan ahead untuk grow the company.

 “Tapi, kita merancang Allah juga merancang, tak sampai setengah hari mereka jumpa saya dan cakap nak bagi saya percubaan seminggu.

“Jam 4 petang, mereka jumpa saya lagi sekali dan bagi tahu saya yang saya tidak mencapai expectation mereka while there’s no job scope been given. I’m mad, sad and shocked. Just a day to judge and reject people. Just as simple as that.

"Kalau tak nak ambil bekerja, jangan buka tawaran kerja and if saya tidak layak sekalipun reject saja semasa saya interview. Sekarang saya sudah bayar taska anak and i lost my job. Ya Allah pedih.

"Tolonglah jangan simply hire orang, and reject macam tu jangan buat org macam takde value," tulisnya.

"Ni kes select ni, ada geng-geng diaorang yang nak masuk kerja ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga turut memberikan pandangan mereka mengenai kes itu. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.1M views, 106.1K likes dan 6,427 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok

Lihat video itu di bawah:

Macam mana nak perform kalau tak sampai sehari lagi kerja? Haih. Semoga awak kuat sis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: