Lelaki Ini Kongsi Cara Aktifkan 'Child Safety Lock' Pada Kereta. Mudah Saja Rupanya!
Oh macam tu je rupanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang kenderaan juga semakin canggih seiring dengan waktu
Begitu jugalah dengan reka bentuk kenderaan kini. Banyak fungsi menarik juga kita boleh lihat ditawarkan.
Antara ciri penting sesebuah kenderaan bagi ibu bapa adalah pastinya mempunyai child safety lock. Namun, tahukah anda kebanyakan kenderaan pada hari ini mempunyai ciri tersebut, cuma kita saja yang tidak tahu.
Seorang lelaki di TikTok berkongsi bagaimana cara mengaktifkan ciri tersebut pada kenderaan selepas diminta ramai untuk menunjukkannya.
Tunjuk cara mudah bagaimana nak aktifkan
Menerusi video di TikToknya, lelaki berkenaan berkongsi bagaimana cara untuk mengaktifkan child safety lock memandangkan banyak kes yang sudah berlaku melibatkan kanak-kanak.
Fungsi utama child safety lock ini adalah untuk mengelakkan kanak-kanak daripada membuka pintu kereta dari dalam dengan sendiri, tambahan lagi semasa kereta sedang bergerak.
Tak dapat dinafikan fungsi ini memang dapat menyelamatkan daripada perkara yang tidak diingini semasa ibu bapa memandu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!