seismik

[VIDEO] Niat Nak Naik Gelongsor Dengan Kekasih, Lelaki Ini Tak Sangka Lain Pula Yang Jadi

Plot twist.

Cover image via @zacharychiah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Taman tema air sememangnya menjadi tarikan ramai orang terutama sekali bagi anak muda

Antara tarikan utama di taman tema air sememangnya gelongsor. Sekali naik saja pasti nak lagi, ditambah pula dengan kelajuannya.

Namun, lain pula yang terjadi dengan pemuda ini apabila niat mahu naik gelongsor dengan kekasih bertukar lain.

Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu pemuda berkenaan sedang berada di sebuah taman tema air.

Dia kemudian mahu bermain gelongsor yang memerlukan dua orang sebagai syarat bermain iaitu dia dan kekasihnya.

Namun, selepas gelongsor berkenaan bergerak, kekasihnya itu dilihat tidak sempat untuk menaikinya menyebabkan dia tertinggal. Ia kerana penjaga berkenaan terlepas kerana licin. Hal itu menyebabkan penjaga tersebut yang naik di belakang selepas ia jatuh tergelincir.

"Merasa lah rehat kejap staf tu hahahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.4M views, 190.8K likes dan 2,374 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Nampak gayanya kena repeat lagi sekali lah dengan ‘baby’ :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: