seismik

Dulu Cakap Malas Study, Sekali Tengok Semua Dekan. Perkongsian Gadis Ni Buat Ramai Relate

Pandai-pandai semua ni rupanya.

Cover image via @yunjluvr (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang masih ingat momen manis sewaktu zaman belajar kan?

Tambah-tambah lagi, sewaktu zaman universiti. Memang banyak perkara yang berlaku yang tak dapat kita lupakan. Dapat pula rakan-rakan yang 'satu kepala' memang kecoh dibuatnya.

Namun, bukan semua orang mampu menghabiskan pembelajaran mereka sehingga tamat pengajian. Ada yang tersangkut separuh jalan dan pelbagai lagi masalah lain.

Lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi perbualan mesej antara dia dan rakan-rakannya telah mencuri tumpuan.

Semua cakap malas belajar, tapi tetap dekan

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis berkenaan menunjukkan perbualan di WhatsApp group mereka.

Dahulunya masing-masing pernah meluahkan rasa malas mereka untuk belajar namun tidak menyangka yang kesemuanya cemerlang dan mendapat dekan.

"Dia punya malas tu semua selempang pink" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 205.8K likes dan 1,197 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@yunjluvr sampai sekarang tiga tiga still malas #convo #uitm Benjamins Deli - JRitt

Pandai semua ni walaupun malas ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: