seismik

Pekerja Pelik Tengok Pelanggan Request Nak Nasi Lemak Milo - "Order Paling Meriah Ni"

Boleh pula ya dia nak makan nasi dengan Milo.

Cover image via @shaheeraazhar_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memesan makanan secara dalam talian kini lebih memudahkan

Selain itu ia juga dapat menjimatkan masa kita berbanding beli di luar betul tak? Namun, bukan semuanya dalam talian kita boleh dapat seperti di kedai.

Bagi pekerja kedai pula, tentu pelbagai ragam pelanggan yang mereka perlu hadapi, sehingga pening juga kepala mahu melayannya.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang pekerja terkejut dengan pesanan istimewa yang diminta oleh seorang pelanggan.

Menerusi video tersebut, kelihatan pekerja wanita itu telah menerima pesanan daripada pelanggan. Dia kemudian membaca nota yang ditulis pelanggannya itu dan terkejut selepas membacanya.

"Hey, hari ni birthday saya. Saya sedih gila tak ada orang pun ingat atau sambut birthday saya. Saya suka gila serbuk Milo. Tolong add on serbuk Milo banyak-banyak okay. Tambah sampai saya hilang kewarasan tengok serbuk Milo tu. Buat baik-baik tau jangan sampai boss korang nampak, nanti kena buang kerja pula. Saya tunggu ni," tulis pelanggan itu di bahagian nota.

Walaupun merasa pelik gabungan nasi lemak dan Milo, wanita itu tetap memberikan apa yang diminta pelanggannya itu dan berharap agar dia berpuas hati dengan makanannya.

Malah, difahamkan dia juga ada mesej pelanggannya itu untuk kepastian dan kepuasan makanan yang diterima dan ianya memang betul. Pelanggan berkenaan memang meminta nasi lemak Milo di atasnya.

"Baru nak marah sebab ingat akak ni lurus sangat rupanya betul" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 796.2K views, 33.3K likes dan 577 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Mula-mula ingat akak tu yang salah, rupa-rupanya betul guys :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: