seismik

[VIDEO] Tak Tahan Nak 'Membuang', Penjual Burger Terpaksa Minta Pelanggan Ini Ganti Masak

45 minit juga dia dekat situ ya.

Cover image via @keknisfc_braces (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gerai burger di tepi jalan menjadi pilihan ramai orang kerana rasanya berbeza dengan membeli makanan fast food bukan?

Malah, ada yang menyifatkan rasanya lebih asli dan lebih enak. Kadangkala sampai kita perlu beratur panjang nak beli burger.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi detik lucu ketika dia membeli burger tepi jalan bersama rakannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Penjual burger minta ganti sebab nak pergi tandas

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin membeli burger tepi jalan bersama rakannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dilihat sedang memasak burger tersebut sambil memakai helmet dan diperhatikan oleh rakannya.

Rupa-rupanya, difahamkan dia terpaksa menggantikan penjual burger berkenaan kerana dia ingin ke tandas. Malah, menurutnya dia terpaksa menunggu lebih kurang 45 minit sebelum kembalinya penjual burger itu.

"Kalau saya ni dah excited dah nak buat burger sendiri" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 204.5K views, 30.9K likes dan 511 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia bila dah sakit perut semua boleh jadi. Nasib baik ada akak tu ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: