"Kira Jadi" - Tak Berkelip Mata, Keluarga Mentua Terpegun Tengok Bakal Menantu Main Piano
Excited pak cik dengan mak cik tu tengok.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti kita semua mempunyai bakat tersendiri yang bukan semua orang boleh melakukannya
Contohnya seperti bakat nyanyian, muzik, melukis dan sebagainya. Hanya beberapa orang saja yang boleh melakukannya dengan sempurna betul tak?
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda berkongsi keterujaan ibu bapanya melihat teman wanitanya bermain piano telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bawa sekali ibu ayah datang rumah teman wanita berjumpa
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi gelagat ayah dan ibunya ketika datang ke rumah teman wanitanya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah si ibu dan ayahnya dilihat terpegun melihat kebolehan bakal menantu mereka itu bermain piano.
Malah, mereka berdua dilihat berdiri disamping gadis tersebut sambil tersenyum-senyum melihat gadis itu.
"Aku kena belajar memanah ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai usikan selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 673.8K views, 102.7K likes dan 1,861 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: