"Dia Ratah Gitu Je" - Makan Ayam Mentah, Video Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Takut pula tengok dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, kita akan membasuh dulu makanan yang mentah dan memasaknya untuk dibuat hidangan betul tak?
Jarang sekali kita akan makanan itu dengan cara mentah kerana rasanya yang sangat pelik dan hanyir. Boleh jadi juga ia perkara yang menakutkan jika kita terlihat situasi itu.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila perangai seorang wanita memakan ayam mentah begitu saja telah menimbulkan reaksi ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba makan ayam mentah sambil tengok telefon
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di ruang dapur dalam rumahnya sambil melihat telefonnya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dilihat dengan selamba memakan ayam mentah tanpa menunjukkan reaksi menggelikan di wajahnya.
"Aku nak cuci ayam pun tak boleh sebab bau ayam tu, ni dia ratah gitu je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut dan memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 103.8K likes dan 17K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: