"Selalu Jadi Perdebatan" - Lelaki Ajar Sebutan Betul Tealive Buat Ramai Pula Dapat Relate
Dua-dua sebutan pun boleh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di antara anda dekat sini yang gemar dan sukakan minuman popular Tealive bukan?
Tidak dinafikan, Tealive mula terkenal dengan keenakan boba mereka dan juga minuman-minuman popular yang ditawarkan. Tetapi, bagaimana cara menyebut jenama Tealive ini? Adakah anda rasa betul ataupun tidak?
Perkara itu tentu sekali dapat dikaitkan dengan ramai orang yang kadangkala konfius dengan sebutannya. Baru-baru, ini tular di TikTok seorang lelaki mengajar cara betul sebutan Tealive telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajar cara betul untuk sebut Tealive sebab ramai konfius
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Sir Asai itu berada di salah sebuah cawangan Tealive.
Dia kemudian bertanyakan beberapa orang pelanggan di situ bagaimanakah sebutan yang mereka panggil untuk jenama itu dan membuat perbezaan.
Rata-rata memanggil dengan panggilan tee-leev dan tee-laif. Menurutnya sebutan sebenar adalah dengan menyebut tee-laif kerana dia mengambil sebutan daripada CEO minuman itu sendiri. Namun, difahamkan CEO minuman itu pernah menjelaskan kedua-dua sebutan adalah boleh digunakan.
"Selalu jadi perdebatan dengan kawan-kawan sebab sebutan Tealive je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 525.8K views, 19.2K likes dan 418 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: