Pakai Kostum Nak Buat Surprise, Isteri Tak Sangka Suami Muncul Lepas 11 Bulan Terpisah
Sedih pula tengok part last tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyebabkan ramai terpisah sama ada daripada keluarga ataupun pasangan
Ada yang sehingga tidak berjumpa bertahun-tahun kerana sebab yang tertentu. Namun, bersyukur kerana sekarang semuanya sudah kembali pulih seperti biasa walaupun wabak jangkitan Covid-19 belum menurun.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang suami membuat kejutan buat isterinya selepas lama terpisah telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami pakai kostum Mickey Mouse buat kejutan
Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu seorang wanita sedang berada di sebuah kedai makan bersama dengan beberapa orang rakannya.
Dia kemudian didatangi seseorang yang memakai kostum Mickey Mouse dan menghadiahkannya bunga coklat. Perkara itu membuatkan wanita tersebut merasa malu dan tidak mahu menerima pada mulanya. Namun, selepas beberapa kali dipujuk dia akhirnya mengambil jambangan coklat itu.
Di akhir video, lelaki itu dilihat menunjukkan wajahnya dan membuatkan wanita itu terkejut kerana tidak menyangka itu adalah suaminya sendiri. Difahamkan, mereka sudah terpisah selama 11 bulan kerana si suami perlu menjalankan tugas.
"Dia yang buat surprise, aku yang nangis" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu melihat pasangan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 359K views, 42.3K likes dan 799 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: