Ibu Syukur Sempat Sedar Muka Anak Mula Biru, Hampir Tercekik Makan Jellyball Viral
Nasib baik dia bertindak cepat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekarang ini banyak jenis makanan yang menjadi viral di media sosial
Dah kalau namanya pun viral, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri betul tak?
Antara makanan yang sedang viral sekarang adalah jellyball. Iaitu ia hadir dengan pelbagai perisa buah berbentuk bulat dan dicucuk pada lidi.
Ditepi-tepi jalan juga kita boleh mula melihat ramai yang mula meniaga makanan ini kerana ia mudah dibuat.
Namun, lain pula terjadi pada wanita ini apabila anaknya hampir tercekik selepas memakan jellyball.
Menurutnya, dia telah membeli jellyball berkenaan di sebuah kedai sebelum dimakan oleh anaknya.
Difahamkan, pada masa itu anaknya sedang makan didepannya. Selepas saja memakan, dia menyedari muka anaknya kelihatan mula sedikit biru dan cepat-cepat bertindak untuk mengeluarkannya.
Mujur saja dia sempat menyelamatkan anaknya itu dan mengeluarkan makanan berkenaan.
"Alhamdulillah keluar lah jelly ni, bagi budak walaupun bukan masuk sebiji tetap dia akan tercekik. Sebelum makan ingat tekstur macam agar-agar, dah makan sebiji rasa dan tekstur dia macam nata de coco tu," tulisnya.
"Anak saya 3 tahun makan dia berak keluar sebji benda tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan pengalaman sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 884.1K views, 13.1K likes dan 1,174 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!