seismik

#SFMM38: Lagu Santai Nyanyian Naqiu 'Sapu Habis' Menang Lagu Terbaik & Pilihan Alha Alfa!

Sebagai rekod, Naqiu merupakan penyanyi yang menggantikan Faizal Tahir selaku penyanyi asal dan pencipta lagu Santai.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lagu berjudul Santai nyanyian Naqiu telah diumumkan sebagai lagu terbaik pada saingan hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38)

Barisan juri telah sepakat memilih lagu Santai sebagai lagu terbaik dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Naqiu merupakan penyanyi yang menggantikan Faizal Tahir selaku penyanyi asal dan pencipta lagu Santai.

Image via TV3 Malaysia

Naqiu menerusi lagu sama turut diumumkan sebagai pemenang lagu Pilihan Alha Alfa hasil undian para peminat

Kemenangan itu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 lagi buat Naqiu dengan jumlah keseluruhan wang tunai sebanyak RM5,000.

Turut bersaing pada hari ketiga SFMM38 adalah Dua Darjat (Ara Johari), Berubah (De Fam), Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali), Bintang (Hael Husaini).

Selain itu, turut bersaing adalah lagu Darah (Marsha Milan), Aku, Hati Dan Perasaan (Haqiem Rusli) dan Di Sebalik Rahsia (Haqiem Rusli).

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: