Bola ‘Hand Of God’ Maradona Terjual Dengan Harga AS$3.35 Juta Dalam Sesi Bidaan
Elok lagi rupanya bola tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bola yang digunakan Diego Maradona ketika menjaringkan gol ikonik "Hand of God" sudah terjual pada harga AS$3.35 juta dalam satu lelongan
Menerusi laporan Anadolu Ajansi, Bola Adidas Azteca itu digunakan ketika Argentina menewaskan England 2-1 pada aksi suku akhir, yang menyaksikan Maradona menjaringkan dua gol ikonik dalam sejarah Piala Dunia.
Bola berkenaan telah dijual dengan harga AS$3.35 juta pada Sabtu di Heritage Auctions, sebuah pusat lelongan berpangkalan di Dallas.
Harga akhir itu bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding anggaran sebelum lelongan sekurang-kurangnya AS$10 juta.

Sebelum lelongan, Heritage menyifatkan bola itu sebagai antara yang paling terkenal dalam dunia sukan dan berkata ia berpotensi menjadi barangan bola sepak paling bernilai pernah dijual
Ia dikenali sebagai 'Hand of God' selepas gol pertama Maradona dalam perlawanan itu dijaringkan menggunakan tangan kiri untuk menolak bola melepasi penjaga gol Peter Shilton, namun jaringan tetap disahkan pegawai perlawanan.
Empat minit kemudian, kapten Argentina itu menguasai bola di kawasan sendiri sebelum menggelecek melepasi lima pemain England dan menjaringkan gol yang kemudiannya dipilih sebagai 'Gol Abad Ini' Piala Dunia FIFA.
Bola berkenaan disimpan selama 36 tahun oleh pengadil Tunisia Ali Bin Nasser yang mengadili perlawanan itu, sebelum dijual pada harga £2 juta (AS$2.37 juta) dalam satu lelongan di London pada 2022.
Jersi yang dipakai Maradona dalam perlawanan sama pula dijual pada harga hampir AS$9.3 juta oleh Sotheby's pada tahun berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via