KTMB Sedia Tren Tambahan Komuter Utara Sempena Cuti Sekolah & Hari Kebangsaan

Take note!

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah perkhidmatan KTM Komuter Utara sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Kebangsaan akan datang

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KTMB memaklumkan lapan (8) perkhidmatan KTM Komuter Utara akan ditambah bagi laluan Butterworth – Padang Besar – Butterworth bermula 27 hingga 31 Ogos 2026.

Menurut KTMB, penambahan perkhidmatan menerusi pelaksanaan Jadual Waktu Khas KTM Komuter Sektor Utara itu dibuat bagi memenuhi jangkaan peningkatan permintaan penumpang sepanjang tempoh berkenaan.

"Menerusi penambahan tersebut, jumlah keseluruhan perkhidmatan bagi laluan Butterworth – Padang Besar – Butterworth akan meningkat daripada 38 kepada 46 perkhidmatan sehari. Melalui inisiatif ini, KTMB menjangkakan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 30% berbanding hari biasa.

"Penambahan perkhidmatan ini juga dijangka dapat meningkatkan kapasiti bagi menampung sehingga 5,000 penumpang tambahan sehari, menjadikan keseluruhan kapasiti tambahan sebanyak 25,000 penumpang sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif ini," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via KTM Berhad

Penambahan tren untuk kedua-dua arah laluan

Daripada jumlah berkenaan, empat (4) perkhidmatan tambahan disediakan bagi laluan Padang Besar – Butterworth, menjadikan keseluruhan 23 perkhidmatan sehari berbanding 19 perkhidmatan pada jadual biasa. Bagi laluan Butterworth – Padang Besar, empat (4) perkhidmatan tambahan turut disediakan, menjadikan keseluruhan 23 perkhidmatan sehari.

Penambahan perkhidmatan ini merupakan antara langkah proaktif KTMB dalam meningkatkan kapasiti pengangkutan awam serta memberi lebih banyak pilihan waktu perjalanan kepada penumpang, khususnya bagi pergerakan antara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sepanjang musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Kebangsaan.

Orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal dan merujuk Jadual Waktu Khas KTM Komuter Sektor Utara yang akan berkuat kuasa sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan perjalanan lebih teratur.

Perkara tersebut beserta maklumat tambang boleh diketahui melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau saluran media sosial rasmi KTMB.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: