Selangor Isytihar Cuti Peristiwa 1 September Ini Sempena Juara Keseluruhan SUKMA 2026
Cuti peristiwa itu bersempena kejayaan cemerlang kontinjen Selangor yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya SUKMA 2026.
Cover image via Amirudin Shari (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Selangor secara rasmi mengisytiharkan Selasa, 1 September 2026 sebagai Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri Selangor
Pengumuman khas itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebentar tadi di Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Aneka Walk, SA Sentral, Shah Alam sempena kejayaan cemerlang kontinjen Selangor yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya SUKMA 2026.
Pemberian cuti peristiwa ini merupakan bentuk pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Negeri atas kerja keras, komitmen, serta semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen Selangor sepanjang temasya berlangsung.
Selain itu, ia juga sebagai tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu sehingga kontinjen negeri berjaya melepasi sasaran emas dan meraih gelaran juara keseluruhan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


