Pemain Catur Cilik Dari Malaysia Sambar Tujuh Pingat Dari Singapura – “Banggakan Negara!”

Difahamkan, Alisya bakal menyertai dua lagi kejohanan besar di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Wikipedia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain catur cilik, Alisya Zehra Mohd Izuan, 8, telah berjaya mencipta kejayaan baharu di pertandingan Asean+ Age Group Chess Championship 2026

Pertandingan ini telah diadakan di Singapura pada 7 hingga 17 Ogos lepas.

Alisya berjaya meraih tujuh pingat untuk dibawa pulang dengan bangga ke Malaysia. Juara catur kebangsaan sebanyak tiga kali ini turut merangkul gelaran naib juara dalam acara Blitz.

Menurut laporan dari Harian Metro, Ibu, Zahidahtul Kamaliah Saharun, 38, mengatakan Alisya bertanding dalam kategori Chess Rapid dan Blitz Girls bagi kategori bawah lapan tahun dalam pertandingan itu.

"Alisya berjaya membawa pulang tujuh pingat merangkumi dua perak serta lima gangsa untuk Malaysia untuk acara individu dan berpasukan bersama dua lagi pemain bagi kategori sama iaitu Nur Aara Daniel dan Aisya Azzahra.

"Apa yang paling membanggakan adalah Alisya hanya satu langkah di belakang juara dunia apabila dinobatkan sebagai naib juara dalam acara Blitz,"
katanya.

SAYS.com

Pemain catur cilik, Alisya Zehra Mohd Izuan, bersama rakan pasukan Nur Aara Daniel dan Aisya Azzahra.

Image via Harian Metro

Kemenangan milik Alisya adalah detik bermakna

Kemenangan yang lebih bermakna buat Alisya kerana, menurut ibunya, Alisya mendapat kemenangan ketika bulan sambutan kemerdekaan tanah air.

"Bagi saya selaku ibunya, setiap pingat itu bukan sekadar logam. Ia adalah simbol usaha, disiplin dan semangat 'Malaysia Boleh'.

"Apa yang paling membanggakan bagi saya adalah apabila nama Malaysia disebut dan Jalur Gemilang dikibarkan di negara jiran sewaktu kemenangan Alisya.

"Semangat juang Alisya membuktikan anak-anak Malaysia mampu bersaing dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,"
katanya.

SAYS.com

Alisya Zehra Mohd Izuan, 8, Juara Kejohanan National Youth Chess Championship (NYCC) 2026 bagi kategori Bawah 8 Tahun (U8G)

Image via Harian Metro / Zahidahtul Kamaliah Saharun

Alisya akan meneruskan perjuangannya kali ini ke Festival Catur Malaysia dan Commonwealth Schools Chess yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Antara matlamat besar mereka ialah untuk melahirkan lebih ramai duta catur cilik yang akan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: