seismik

Lagu 'Sutera' Nyanyian Aisha Retno Lakar Sejarah Menang Lagu Terbaik #SFMM38 Hari Kedua

Ernie Zakri turut meraih anugerah Lagu Pilihan Alha Alfa di #SFMM38 menerusi lagu Astana.

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor hari ini

Kejayaan itu diraih selepas lagu nyanyian dan ciptaan Aina Abdul, Jangan Mati Rasa Itu yang diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada hari pertama SFMM38 semalam.

Aisha Retno membawa pulang wang berjumlah RM3,000 serta barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Dalam pada itu, Ernie Zakri terpaksa berputih mata hanya sekadar meraih anugerah Lagu Pilihan Alha Alfa di SFMM38 menerusi lagu Astana

Image via TV3 Malaysia

Sebagai rekod, lagu terbaik SFMM38 kali ini diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY, manakala Lagu Pilihan Alha Alfa diundi oleh peminat menerusi dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang siaran langsung.

Turut bersaing pada hari kedua ini adalah Korbankan Kita (Mojo), Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman & Putera Muhammad), Astana (Ernie Zakri), Cinta Hanya Buatan (Afieq Shazwan & Muna Shahirah), Cinta Sahabiyah (Datin Alya), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim), Sutera (Aisya Retno), dan Kalam (Shiha Zikir).

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

12 lagu terbaik yang akan diumumkan pada episod terakhir SFMM38 dan mereka akan berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.

Tahniah, kepada para pemenang SFMM38! Tak sabar nak tunggu list 12 lagu yang layak ke AJL38 nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: