seismik

"Fokus Tengok Step" - Telatah Bayi Tiru Pak Cik Jalan Pakai Tongkat Buat Ramai Terhibur

Tak baik lah dik! Haha.

Cover image via @sektah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Normal bagi bayi yang sedang membesar akan melalui fasa merangkak, berjalan dan berlari

Tidak dinafikan, saban hari ada saja telatah mereka yang menghiburkan kita. Kadangkala, ibu ayah pun pening tidak tahu dari mana si kecil belajar untuk membuat macam-macam aksi. Namun, kebiasaannya mereka akan memerhati dan mengikut aksi orang sekeliling.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang bayi meniru pak cik berjalan menggunakan tongkat telah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sektah, kelihatan anaknya sedang berada di sebuah klinik kerajaan sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor.

Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila si kecil itu ternampak seorang pak cik berjalan menggunakan tongkat di depannya.

Dia dengan selamba meniru gaya pak cik itu dengan berjalan secara membongkok berulang kali. Ibunya tidak dapat menahan ketawa apabila melihat gelagat lucu anaknya itu.

"Ya Allah semua orang tua dia ajuk jalan nya. Ya allah, maafkan anak saya," katanya.

"Masalahnya dia pandang kaki je hahahah nak tgok step aduhai. Mesti baru dapat kaki ni" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 263K views, 14.9K likes dan 456 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah si kecil itu.

Lihat video itu di bawah:

@sektah

Ya allah semua orang tua dia ajuk jalan nyaaa ya allah maafkan anak saya ,

Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) - LEOPARD

Kecil-kecil dah pandai melawak ya dik, geram je tengok awak ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: