Suami Kerja Kapal Beri RM8K Sebulan, 'Koyak' Bila Tahu Isteri Kantoi Curang Dengan Majikan
Sampainya hati.
Dalam rumah tangga, tugas suami adalah mencari rezeki dan memberi nafkah yang cukup buat isteri supaya dapat hidup selesa
Namun, alangkah kecewanya hati sang suami apabila kepercayaan yang diberikan kepada isteri musnah begitu saja gara-gara kehadiran orang ketiga.
Tambahan pula, betapa remuknya hati si suami apabila kekasih gelap isteri sendiri mengaku pernah terlanjur dengan wanita yang dianggapnya setia selama ini.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia mendapat tahu isterinya kantoi curang dengan majikan sendiri.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Bagi duit nafkah setiap bulan RM8,000, tapi isteri sedap 'main' dengan lelaki lain
Menerusi ciapan tersebut, individu itu memberitahu dia merupakan pekerja kapal dan hanya balik ke rumah empat atau lima bulan sekali untuk berjumpa dengan isterinya itu.
Namun, alangkah kecewanya dia selepas diperbodohkan oleh isteri sendiri selama 8 tahun bergelar suami isteri.
Menurutnya, dia mendapat tahu isterinya bermain kayu tiga apabila dia nampak wanita itu menghantar video tidak senonoh kepada majikannya menerusi aplikasi Telegram.
Malah, lebih menyedihkan lagi apabila lelaki itu terbaca mesej perbualan mereka dan mendapati mereka sudah melakukan hubungan intim atas katil.
Pada waktu itu, dia hanya memikirkan mahu bercerai dengan isterinya. Hatinya kecewa kerana nafkah bulanan yang diberikan sebanyak RM8,000, tetapi sang isteri pula curang dengan majikan sendiri.
Lihat sambungan ciapan di bawah:
Memandangkan bos isterinya itu pun sudah bersemuka dengannya dan akui bahawa wanita itu sedang hamil anak mereka, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Malah, segala bukti juga dia sudah simpan untuk lawan di pengadilan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!