seismik

"Cepat Sikit Hantar Saman Tu" - Ini Respon Caprice Susulan Laporan Polis Dibuat Oleh UEL

Semoga kebenaran berada di pihak yang betul.

Cover image via @capricedaddycap (Instagram) & @ebitlew (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum ini, pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew (UEL) tampil membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah secara melampau

Difahamkan, UEL membuat laporan tersebut di sebuah balai polis di Subang Jaya selepas pulang dari Jeddah, Arab Saudi.

Tambah UEL, dia kini menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan peguamnya untuk tindakan susulan.

Ekoran tindakannya itu yang ramai sudah tahu ada kena mengena dengan podcast wawancara antara rapper, Caprice dengan seorang influencer dari Indonesia, Mondy Tatoo yang sebelum ini pernah dibantu UEL, Caprice telah memuat naik satu lagi posting dan kapsyennya ditujukan kepada UEL.

Lihat posting itu di bawah:

Minta segerakan surat saman supaya pihak Mondy boleh balas semula saman berserta bukti

Menerusi posting di Instagramnya, Caprice meminta pendakwah itu untuk segera menghantar surat saman. Ianya bagi membolehkan pihak Mondy untuk kembali menyaman pendakwah itu beserta bukti.

"Salam @ebitlew kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak mondy boleh saman balik sekali dgn bukti," tulisnya.

Sementara itu, dalam posting yang sama, Caprice turut berkongsi satu video di mana Mondy membuat pendedahan mendakwa dia tidak pernah bertemu isteri UEL seperti yang pernah dikatakan oleh UEL sebelum ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: