seismik

Walaupun Air Naik Sampai Paras Lutut, Wanita Ini 'Steady' Jual Nasi Kerabu Semasa Banjir

Dah masak banyak, sayang pula kalau tak jual.

Cover image via @userp422ac68zn (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya hujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang sering dilanda bencana banjir ekoran hujan lebat yang turun tidak berhenti

Malah, banjir juga turut melanda negara jiran, selatan Thailand sekaligus menjejaskan puluhan ribu penduduk.

Bencana tersebut menyebabkan banyak laluan terpaksa ditutup dan menjejaskan peniaga-peniaga di tepi jalan.

Namun begitu, video seorang wanita telah mencuri tumpuan ramai di TikTok apabila dia tetap berniaga nasi kerabu demi mencari rezeki dalam keadaan banjir yang mencecah hingga ke paras lutut. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @userp422ac68zn, kelihatan wanita itu sedang menjual nasi kerabu, bihun goreng dan beberapa jenis lauk pauk di hadapan rumahnya.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah walaupun air banjir hampir mencecah paras pinggang, wanita tersebut tetap meneruskan perniagaanya seperti biasa.

Dalam masa yang sama, dua orang pelanggan turut kelihatan sedang membeli makanan tanpa menghiraukan keadaan air yang sedang naik semasa itu.

"Semoga dimurahkan rezeki selalu. Walaupun ditimpa banjir, akak tetap cari rezeki" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.9M tontonan, 84.9K tanda suka serta 5.9K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kesungguhan wanita itu mencari rezeki walaupun ditimpa musibah.

Kesiannya penduduk yang terjejas sebab banjir. Semoga dipermudah segala urusan mereka dalam mencari rezeki.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: