"Besar Sangat Ke Saya Ni?" - Shiha Zikir Jawab Spekulasi Pakai Kabel Masuk Final AJL38
Difahamkan, Kalam merupakan lagu yang mengisahkan tentang hidup Shiha sendiri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahun ini merupakan kali ketiga penyanyi, Shiha Zikir tersenarai sebagai finalis dalam Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38)
Seperti finalis lain, sudah tentu Shiha berbesar hati untuk membuat sebuah persembahan yang epik dan ingin orang ramai berpuas hati melihat pentas AJL38 tahun ini.
Berbeza dengan genre lagu tahun lepas, kali ini Shiha menampilkan sebuah karya bertajuk Kalam, di mana ia mengisahkan tentang apa yang terjadi dalam hidupnya sendiri di industri seni.
"Lagu Kalam ni terhasil atas apa yang terjadi dalam life Shiha. Rakan satu industri kutuk-kutuk, buat something yang teruk dekat Shiha sewaktu itu. So Shiha luahkan and cerita pada komposer, maka terhasil lah lagu Kalam.
"Kalam ni lagu yang Shiha sangat sayang. Shiha dah peram lagu ni 2 tahun untuk keluarkan the right time sebab lagu ni antara lagu yang Shiha harap akan ke AJL. So hanya diaorang yang faham apa yang akan di judge oleh juri nanti dari segi arrangement, muzik, lirik melodi dan sebagainya," katanya ketika ditemubual SEISMIK.
Anggap spekulasi 'guna kabel' untuk masuk AJL dan kata-kata negatif hanyalah lumrah manusia, yang penting percaya pada rezeki
Apabila ditanya tentang 'guna kabel' kerana setiap tahun dapat masuk ke final AJL walaupun ada yang berpendapat lagunya 'sendu', Shiha merasakan soalan tersebut sepatutnya ditanyakan kepada orang yang menilai lagu iaitu para juri.
"Simple je, rezeki. Orang hanya melihat apa yang kita berjaya baru banyak ni tau, sikit. Yang Shiha failed before this? Ada orang pernah bercakap? Shiha dari tahun 2010. 2012 Shiha dah masuk dah semi final. Ada orang pernah bercakap pasal tu? Itulah lumrah manusia, orang selalu nak cari salah, nak cari silap. Bercakap benda-benda negatif adalah satu benda yang dapat memuaskan hati.
"Baru 4 tahun masuk, itu pun tahun yang pertama gantikan Datuk Siti. And then the rest lagu Aewo, Irama dan this year Kalam. Orang akan nampak macam kerap sangat masuk. Kalau Shiha pusingkan balik ayat tu, apa yang orang boleh cakap? Pakai kabel? Tak ada, sebab saya seorang yang 200% percaya soal rezeki. Allah akan bagi masa yang tepat dan saya tak pernah mempersoalkan rezeki orang lain," katanya.
"Kadang rasa frustrated kenapa industri kita mostly akan persoalkan benda-benda macam tu. Yang kedua, bukan saya yang menilai. Soalan yang patut diaorang tanya kepada orang yang menilai lagu ni lah. Setiap karya yang Shiha keluarkan, I akan buat my very best. And then the rest orang lain, bukan saya. Kalau kata kabel sekali pun, besar ke Shiha Sikir ni? Tak ada pun, biasa je sampai sekarang.
"Setelah berapa belas tahun dalam industri baru sekarang dapat rasa. Itu pun lagu sendiri baru yang ketiga. Beberapa lagu lagi tak berjaya pun. So kepada semua yang mungkin banyak juga mempersoalkan benda ni, tolonglah jadi seorang yang berfikiran positif. Dan percaya rezeki yang Allah dah tetapkan. Kalau korang ada benda tu dalam hati, you takkan question pun atas kejayaan orang lain," katanya lagi.
Tak nak overthinking dan fikir tentang pesaing, cuma mahu beri persembahan yang terbaik untuk kepuasan diri sendiri
Menurut Shiha, setiap kali bertanding pastinya akan ada elemen 'surprise' yang dia cuba tampilkan untuk nampak kelainan daripada finalis lain.
"Shiha akan buat satu kelainan yang belum dibuat selama ni. Inilah salah satu cara untuk Shiha appreciate. Setiap tahun, I takkan pernah lokek untuk persembahan. Yang penting Shiha nak buat untuk kepuasan diri sendiri je. Tak kisah siapa yang menang itu rezeki dia. Saya akan frust kalau saya yang buat cincai.
"Kalau Shiha fikir pesaing, semua hebat-hebat. So how untuk elak rasa overthinking tu, Shiha selalu fikir nak buat the best dengan diri Shiha before this.
"Harapan Shiha untuk AJL semoga dapat deliver apa yang Shiha plan nak buat. Shiha nak everything going smooth. Hopefully bila orang tengok persembahan tu rasa puasnya AJL tahun ni. Shiha nak memeriahkan AJL 38 ni supaya sekurang-kurangnya kalau orang luar tengok pun diaorang appreciate apa yang kita buat," katanya.
Tak sabar nak tengok kelainan yang Shiha akan bawakan untuk AJL38 nanti. All the best untuk lagu Kalam!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!