seismik

Jual Sotong Manis RM50, Restoran Ini Dikenakan Tindakan Sebab Letak Harga 'Cekik Darah'

RM50 boleh makan macam-macam kot.

Cover image via My Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelanggan terkejut selepas mendapati lauk sotong manis yang dimakannya di sebuah restoran mencecah sehingga RM50 seekor

Menurut sumber, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah mengambil tindakan terhadap sebuah restoran di Kota Kinabalu yang menjual lauk sotong manis itu dengan harga tidak masuk akal.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa, KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi berkata, premis berkenaan dikenakan tindakan dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas.

Image via My Metro
Image via My Metro

Premis itu turut diberi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

"Ia bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan berkenaan dan diminta untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari. Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga terbabit," katanya.

Namun begitu, difahamkan premis berkenaan ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: