seismik

"Mantap Lakonan" - Lelaki Tiru Gaya S Shamsuddin Dalam Filem Tiga Abdul Ini Terima Pujian

Sebijik!

Cover image via @laguvideoradhi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, filem arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sememangnya diminati ramai orang dari dulu sehingga sekarang

Elemen-elemen lucu yang dimasukkan dalam setiap filem arahannya telah meninggalkan kesan kepada para penonton.

Jadi, tidak hairanlah jika dialog-dialog popular masih meniti di bibir kita sehingga ke hari ini. Senang cerita, filem arahan Allahyarham P Ramlee semuanya evergreen dan tidak jemu untuk ditonton.

Baru-baru ini, seorang lelaki melakonkan watak Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Tiga Abdul telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @laguvideoradhi, kelihatan lelaki itu memakai pakaian persis seperti Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Tiga Abdul.

Apa yang menariknya, wajah lelaki tersebut juga kelihatan mirip seperti Allahyarham S Shamsuddin. Walaupun dia hanya miming dengan menggunakan suara asal di dalam filem terbabit, namun mimik muka dan pergerakan tangannya tidak ubah seperti lakonan pelakon lagenda itu.

"Ada yang sampai 99% serupa, terbaik!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 16.5K tontonan, 754 tanda suka serta 52 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut berpendapat gaya lakonan sangat serasi dan hebat seperti Allahyarham S Shamsuddin.

Lihat video itu di bawah:

Muka dia pun serupa masalahnya, mantaplah bang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: