seismik

Lelaki Buat Mukbang Sambil Tayang Ketiak Berkerak, Netizen Rasa Jijik & Nak Pukul

Apa yang admin tengok ni?

Cover image via @maafcakaplah (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam banyak-banyak media sosial, TikTok kini merupakan platform yang paling ramai guna untuk membuat konten dan live bagi menjana pendapatan bulanan

Tidak dinafikan, viewers di TikTok live kebanyakannya pemurah dan tidak lokek untuk memberikan gift sekiranya mereka suka dengan sesebuah konten itu.

Namun, itu bukanlah tiket untuk kita membuat konten yang tidak berfaedah, apa lagi memperbodohkan diri sendiri di depan khalayak ramai.

Tular baru-baru ini seorang lelaki dikecam oleh warganet di laman aplikasi X gara-gara membuat live mukbang sambil menayang ketiaknya.

Menerusi video yang dikongsi oleh @botakpiaww, kelihatan lelaki tersebut bergoyang sambil menayang ketiaknya di depan makanan.

Difahamkan, dia sedang membuat live mukbang di TikTok. Namun, apa yang membuatkan ramai berasa geli dan meluat adalah aksinya itu agak melampau kerana seolah-olah berkelakuan tidak senonoh di hadapan rezeki.

Bukan itu saja, dia juga membuat mimik muka selamba dan tidak ada rasa bersalah menayang ketiaknya.

"Depan makanan buat gitu, teruknya. Lagi orang nasihat lagi dia buat. Geli" - Warganet

Hasil tinjauan di ruangan replies, warganet di laman X pelik mengapa masih ramai yang menonton livenya dan ada juga yang memberikan gift kepada lelaki berkenaan.

Lihat video itu di bawah:

Dengan bajunya pun koyak rabak, hmm korang rasa macam mana? :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: