seismik

6 Jenis Face Mask & Tahap Kecekapan Perlindungan Virus. Yang Last Sekali Tu Paling Bahaya!

Semak dahulu sebelum beli ya.

Cover image via The Star & Bernama

Pemilihan face mask yang betul ketika berlakunya pencemaran udara atau tersebarnya virus amat penting untuk menapis sebarang partikel halus daripada masuk ke dalam sistem pernafasan

Selain itu, ia juga bagi mengelakkan kira-kira 60 peratus penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuklah Covid-19.

Namun, masih ramai yang mengambil mudah. Bukan saja memilih face mask yang tidak sesuai, malah langsung tidak menutup hidung biarpun berada dalam kawasan sesak atau di tumpuan umum.

Oleh itu, berikut adalah 6 jenis face mask dan tahap kecekapan perlindungannya terhadap virus yang boleh dijadikan rujukan untuk orang ramai:

Image via Berita Harian

1. N95 (Perlindungan terkuat)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Face mask jenis ini mampu menapis kira-kira 95 peratus virus. Malah, ia juga boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti Covid-19.

Begitupun, harga face mask jenis N95 ini lebih mahal tetapi ia sangat sesuai bagi menghalang jangkitan menerusi 'airborne' (udara).

2. Surgical Mask (Kegunaan medikal)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Face mask jenis ini yang selalu digunakan pegawai perubatan dan kesihatan ketika ini. Fungsi face mask jenis tiga lapisan ini juga sama seperti N95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, namun hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus).

Face mask
ini boleh didapati pada harga lebih murah berbanding N95. Biarpun face mask N95 paling baik, face mask tiga lapisan ini juga sudah memadai, selain harganya berpatutan.

3. FFP1 (Mengasingkan partikel halus)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Fungsi face mask jenis FFP1 ini juga sama seperti surgical mask, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, namun hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus).

4. Topeng karbon (Menghalang bau)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Face mask jenis karbon ini pula hanya boleh menapis virus pada kadar 10 peratus, bakteria (50 peratus), debu (10 peratus) dan debunga (50 peratus).

Selain itu, face mask jenis karbon hanya sesuai bagi menghalang bau. Malah, ia juga tidak boleh digunakan berulang kali kerana dikhuatiri tercemar dengan virus yang boleh mengancam penggunanya.

5. Topeng kain atau fabrik (Mengekal haba)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Face mask jenis kain atau fabrik ini sebenarnya tidak sesuai digunakan langsung kerana kadar tapisan bagi menghalang virus dan debu adalah sifar peratus.

Begitupun, kerajaan masih membenarkan pemakaian face mask jenis fabrik yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.

6. Topeng span atau fancy (Fesyen)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Face mask jenis span atau fancy ini banyak digunakan sebagai perhiasan pakaian juga tidak boleh menghalang virus. Hal ini kerana, kadar tapisan bagi menghalang virus dan debu adalah juga adalah sifar peratus sama seperti face mask jenis fabrik.

Berdasarkan cara penggunaan, apa sahaja jenis face mask efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, face mask perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang.

Oleh itu, pastikan anda buat pilihan yang tepat dan rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk memakai face mask apabila berada di tempat awam kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti virus. Stay safe!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: