6 Tips Berguna Ini Adalah Buat Anda Yang Mengimpikan Haji Di Usia Muda
Semoga kita dijemput ke sana satu hari nanti. Insha Allah.
Menunaikan haji adalah rukun kelima di dalam Rukun Islam. Ia nya wajib ditunaikan bagi mereka yang sudah berkemampuan.
Tetapi untuk menunaikan haji pada usia yang muda bukanlah perkara yang mudah kerana anda perlu menunggu giliran anda setelah berdaftar di Tabung Haji. Giliran ini semestinya memakan masa yang lama dan bertahun-tahun.
Jadi buat mereka yang ingin menunaikan haji di usia muda, 6 tips yang dikongsi oleh saudari Nik Fatma Amirah di laman Facebook adalah sangat berguna:
1. Daftar haji
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar haji dengan mendepositkan ke dalam akaun tersebut sekurang-kurangnya RM1300. Pendaftaran Haji sangat penting supaya nama anda sudah berada dalam senarai menunggu jemaah haji Malaysia. Setelah itu, hanya anda cuma menunggu panggilan sahaja. Pada masa sekarang kita harus sedar jarak mendaftar dan tahun haji sangat jauh. Kebanyakannya waktu menunggu mencecah sehingga puluhan tahun. Jadi saya nasihatkan supaya anda mendaftar awal di Tabung Haji. Selamat mendaftar!
facebook.com2. Bijak mengurus kewangan
Anda hendaklah bijak menguruskan kewangan untuk masa depan anda, terutamanya untuk Haji anda. Untuk remaja dan belia, anda hendaklah bijak menguruskan duit dan mengamalkan menabung. Apa sahaja sumber wang yang anda dapat, usahakan untuk menyimpannya untuk tujuan haji. Dan bagi yang telah berumahtangga dan bekerja, anda juga perlu bijak untuk mengatur kewangan keluarga anda, supaya duit lebihan dari gaji bulanan, dapat di ‘reserve’ kan, dan disimpan di dalam akaun Tabung Haji.
facebook.com3. Kesedaran individu dan keluarga
Kesedaran individu dan keluarga adalah sangat penting. Kita sedar akan wajibnya memenuhi rukun islam iaitu haji (bagi yang berkemampuan) sebelum kita pergi menghadap Allah. Bermula dari kesedaran, akan lahirlah usaha. Keluarga memainkan peranan penting untuk mengingatkan dan mendorong ahli keluarga yang lain untuk menunaikan haji. Sebagai contoh apa yang berlaku kepada saya, saya menunaikan haji diusia muda sedikit sebanyak kerana kesedaran kedua ibu bapa saya untuk mendaftarkan awal anak-anaknya untuk pergi menunaikan Fardhu Haji. Kesedaran sangat penting, kerana ia merupakan pintu kepada segala usaha!
facebook.com4. Banyakkan membaca dan menuntut ilmu tentang haji
Haji ialah ibadah yang praktikal. Tetapi sebelum praktikal, adanya teori yang menjadi tulang belakang praktikal satu-satu ibadah. Tanpa ilmu, jemaah haji tidak mampu untuk mencapai mabrur. Segalanya bermula dari ilmu. Anda hendaklah memperbanyakkan bacaan buku-buku ilmiah mengenai haji, mengetahui fiqh tentang ibadah haji, membaca kisah-kisah atau pengalaman haji dari mereka-mereka yang pernah menunaikan haji. Ini banyak membantu. Saya banyak membaca buku-buku berkaitan haji sebelum pergi menunaikan haji menyebabkan saya tidak kekok untuk terus melakukan praktikal ibadah di sana.
facebook.com5. Niat, tekad dan banyakkan berdoa
Niat dan tekad yang tinggi untuk menyempurnakan rukun kelima dengan sempurna di awal usia dan disaat fizikal masih kuat. Kemudian, banyakkan berdoa supaya Allah menjemput kita untuk menjadi tetamu-Nya diusia muda. Haji diusia muda banyak kelebihannya. Berdoalah supaya Allah menghantar surat kiriman dari-Nya, ketika kita masih kuat fizikal, mental dan rohani. Fikir kawen muda, tetapi jangan lupa fikir haji muda.
facebook.com6. Bersiap sedia, mental, fizikal dan emosi
Bagi jemaah haji yang akan berangkat menunaikan haji, anda hendaklah bersiap sedia dengan persediaan mental, fizikal dan emosi. Haji tidak pernah sesekali sama dengan kembara kita ke Eropah atau ke tempat melancong yang lain. Ibadah haji adalah ibadah yang luar biasa yang menuntut kekuatan emosi, fizikal dan mental. Bersiap siagalah!
facebook.comInginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!