seismik

Ini 7 Perkara Yang Boleh Membuatkan Puasa Anda Terbatal & Tidak Sah. Take Note!

Semoga ibadah puasa kita diterima Allah.

Cover image via Utusan Malaysia & Sinar Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada bulan yang mulia ini, umat Islam berlumba-lumba untuk mendapat pahala yang berganda dengan mengerjakan pelbagai amal ibadah

Oleh sebab itu, umat Islam berharap supaya Allah menerima semua ibadah yang dilakukan seperti berpuasa, solat, beramal dan banyak lagi.

Namun, tahukah anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ibadah puasa kita terbatal. Jom ketahui dengan lebih lanjut!

Berikut merupakan perkara yang membatalkan puasa:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan

Image via Semak Online

Puasa seseorang akan terbatal jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. 

Ruang tengah termasuklah bahagian otak, bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. Laluan terbuka pula bermaksud lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

2. Sengaja muntah

Image via The Asia Parent

Muntah dengan sengaja termasuk salah satu perkara yang membatalkan puasa. Sebagai contoh, seseorang itu sengaja memasukkan benda ke mulut lalu dikeluarkan dan muntah.

Maka, puasanya akan terbatal. Puasa tidak akan terbatal jika anda mengalami morning sickness, sakit atau loya.

“Barangsiapa muntah dengan tidak sengaja, jika ia sedang berpuasa maka tidak wajib qadha atasnya. Dan barangsiapa muntah dengan sengaja maka wajib qadha."

3. Melakukan persetubuhan

Image via CNN Indonesia

Melakukan hubungan seksual dengan pasangan secara sengaja akan menyebabkan ibadah puasa seseorang itu terbatal walaupun tidak mengeluarkan air mani.

Jika anda berhubungan seksual saat berpuasa, maka anda diwajibkan untuk mengganti puasa serta membayar denda.

4. Keluar air mani

Keluarnya air mani atau sperma boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Seperti onani ataupun bermesraan dengan pasangan walaupun tidak melakukan persetubuhan. 

Jika dilakukan secara sengaja hukum puasanya adalah terbatal. Terdapat beberapa perkara yang dikecualikan seperti ketika mengalami mimpi basah kerana perkara itu terjadi dalam keadaan tidak sedar.

5. Datang darah haid atau nifas

Image via Kashoorga

Bagi kaum wanita yang sedang datang haid atau nifas selepas melahirkan anak, wanita tersebut dilarang untuk berpuasa. Jika wanita itu berpuasa pada awalnya lalu mengetahui dirinya sedang datang haid, perkara itu secara automatik terbatal puasanya. 

6. Gila dan murtad

Image via Jambi Update

Orang gila atau orang yang tidak waras akalnya tidak diwajibkan untuk berpuasa. Sekalipun mereka puasa, puasa itu tidak akan sah. Begitu juga kepada orang yang sudah murtad.

"Hukum (puasa) tidak berlaku atas tiga orang: anak kecil hingga dia baligh (dewasa), orang gila hingga dia waras, dan orang tidur hingga dia bangun."

7. Beremosi

Berpuasa bermaksud kita perlu menahan semua nafsu. Apabila seseorang itu beremosi secara berlebihan ketika berpuasa, perkara tersebut tidak membatalkan puasa, tetapi ia akan mengurangkan pahala puasa. 

Oleh sebab itu, kita perlu mengawal diri dan sentiasa berbuat baik dari segi fizikal dan emosi. Begitu juga dengan tindakan yang tidak baik seperti mengumpat, mengata orang dan lain-lain.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua. Selamat berpuasa!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: