seismik

7 Subjek Universiti Malaya Tersenarai Dalam Ranking 50 Terbaik Di Dunia. Hebat UM!

Tahniah, UM!

Cover image via New Straits Times

Universiti Malaya telah menunjukkan peningkatan kukuh apabila tujuh subjek akademik mereka tersenarai dalam 50 terbaik QS World Universiti Rankings mengikut subjek 2018

Image via QS Wow News

Subjek-subjek itu adalah perpustakaan dan pengurusan maklumat (ranking 24), elektrik dan kejuruteraan elektronik (30), pengajian pembangunan (30), mekanikal, aeronautikal dan kejuruteraan pembuatan (41), kejuruteraan kimia (42), kejuruteraan sivil dan struktural (46), dan mineral dan perlombongan (47).

Selain itu, UM juga telah merekodkan 21 subjek dalam 100 tertinggi dunia, penambahbaikan berbanding 19 subjek tahun lalu

Pencapaian rekod lima subjek kejuruteraan dalam 50 teratas membantu melonjakkan Kejuruteraan dan Teknologi UM ke tangga ke-22 daripada ke-35 pada 2017, lapor Astro Awani.

UM memperbaiki kedudukan di tangga ke-45 bagi kategori Sains Sosial dan Pengurusan berbanding ke-71 pada tahun lalu sementara Kesenian dan Kemanusiaan dari tangga ke-85 kepada ke-65

Keputusan ranking ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa akan kualiti fakulti serta siswazah UM.

Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata, pencapaian itu adalah hasil produktiviti, komitmen dan dedikasi kakitangannya, selain penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kejayaan mereka ini yang seharusnya dijadikan contoh untuk anak-anak muda sekarang :

Masih ingat lagi apa yang anda beli guna gaji pertama dulu?

You may be interested in: