'Fresh Grad', Ini Adalah 5 Perkara Mudah Yang Anda Perlu Lakukan Bila Terima Gaji Pertama!
Ramai juga yang 'clueless' bila terima gaji pertama.
Jika sebelum ini ibu bapa berikan anda duit poket ketika anda masih belajar. Keadaan mula berubah apabila anda mula bekerja, anda akan berhadapan dengan komitmen dan tanggungjawab.
Salah satu perkara yang paling mengembirakan ialah apabila hari gaji kita masuk. Lagi-lagi bila gaji yang pertama kita terima sebagai lepasan Universiti. Persoalan yang selalu muncul ialah "nak buat apa dengan gaji ni?"
Sebelum anda habiskan duit gaji dengan benda-benda tak berfaedah. Ini adalah 5 perkara yang anda perlu lakukan apabila anda menerima gaji pertama anda!
1. Mula mengasingkan duit untuk membayar hutang pelajaran seperti PTPTN, MARA dan lain-lain. Tanamkan azam di dalam diri untuk hidup bebas tanpa hutang.
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan graduan mempunyai hutang pinjaman pelajaran. Anda boleh disenaraihitamkan sehingga tidak boleh ke luar negara jika anda tidak membuat bayaran.
Oleh itu, pastikan anda tidak culas dan usahakan pembayaran balik secara potongan gaji, direct debit dan sebagainya.
Anda mesti pandai mengukur baju di badan sendiri ketika berbelanja supaya gaya hidup selari dengan pendapatan yang diterima setiap bulan.
Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar jumlah bulanan yang ditetapkan, anda boleh berbincang dengan pihak pemberi pinjaman untuk membenarkan anda membuat pembayaran balik mengikut kemampuan kewangan.
Adalah penting untuk menyelesaikan hutang pelajaran terlebih dahulu. Bagi memastikan diri anda terhindar dari muflis, laporan kewangan yang cantik dan bebas CRIS, gaji anda perlu diutamakan untuk membayar hutang yang sedia ada.
2. Asingkan jumlah yang diperlukan untuk komitmen bulanan. Jelaskan bil bulanan anda pada setiap kali anda menerima gaji pada awal bulan. Jangan tangguh!
Pastikan setiap awal bulan, anda sudah membayar semua bil terlebih dahulu sebelum mengagihkan duit gaji anda untuk hal yang lain. Hal ini untuk mengelakkan bil tertunggak.
3. Mula mengasingkan duit perbelanjaan bulanan kepada beberapa kategori perbelanjaan. Anda kini boleh meminimakan kehendak dan utamakan keperluan anda!
Asingkan perbelanjaan anda kepada perbelanjaan harian, penggunaan petrol, keperluan mandi, perbelanjaan tol dan pakaian, hiburan dan lain lain.
Disamping itu, amalkan teknik berbelanja mengikut bajet mingguan yang ditetapkan. Contoh, dalam seminggu bajet untuk perbelanjaan ialah RM100-150.
Jumlah tersebut perlu digunakan dalam masa seminggu dan tidak boleh melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Jika lebih, ia bermakna anda telah mengutamakan kehendak berbanding keperluan harian anda. Elakkan berbelanja sakan.
Beli barang yang perlu sahaja dan elakkan pembaziran. Salah satu cara menjimatkan belanja adalah dengan menyediakan makanan anda sendiri.
Mungkin anda perlu lebih berusaha untuk menyiapkan itu dan ini tetapi hasilnya anda boleh berjimat waktu makan tengahari dan sarapan.
Jumlah penjimatan ini meskipun terlihat kecil namun sekiranya dilakukan berterusan pasti bertambah jumlahnya. Kena displin dan usaha yang berterusan!
4. Yang paling penting ialah simpanan. Pastikan 10-30% daripada gaji kita masuk ke dalam simpanan. Asingkan simpanan itu kepada beberapa kategori simpanan yang anda inginkan.
Kategori simpanan seperti ASB (Amanah Saham Berhad), Tabung Haji, Emergency Fund (Tabung Kecemasan), Travel Savings dan paling penting sekali untuk mak yah. Baru berkat gaji yang diterima setiap bulan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadikan ini suatu rutin bulanan anda untuk memperuntukkan 10-30% dari gaji anda bagi tujuan simpanan.
Jadikan ini sebagai rutin untuk menyimpan wang tersebut. Jadi untuk mencapai matlamat ini anda perlu memiliki disiplin yang tinggi serta keazaman untuk menyimpan wang.
5. Jangan membazir dan belanja secara berhemat!
Sebanyak mana pun gaji anda sekiranya dibelanjakan secara berlebihan pasti tidak akan mencukupi. Buat perancangan mengikut gaji dan kehendak anda untuk melatih diri mengikut kemampuan.